Sunday, April 10, 2011
Sunday, July 13, 2008
Mesyuarat tahunan 2008
Mesyuarat tahunan surau akan di adakan pada 31hb Julai 2008 selepas solat Isyak.
Mesyuarat tahunan setahun sekali ini wajib dibuat supaya ahli kariah dapat bersama sama berbincang dan merancang aktiviti surau dalam tempoh setahun akan datang.Didalam mesyuarat ini juga ahli kariah dapat menilai aktiviti yang telah dirancang sebelumnya.
Didalam mesyuarat ini juga laporan aktiviti dan kewangan akan dibentang untuk diperbincangkan supaya perancangan aktiviti seterusnya dapat dirancang dan dilaksanakan.
Ahli jawatankuasa pentadbir dan pegawai surau menjemput semua ahli kariah hadir ke mesyuarat ini, surat jemputan akan diedarkan ke rumah rumah ahli kariah, InsyaAllah.

Monday, June 16, 2008
Khairat Kematian untuk Penduduk dan ahli kariah
Ahli Jawatankuasa Khairat Surau telah mengeluarkan pekeliling kepada semua penduduk dan ahli kariah memberi peluang untuk menyertai Khairat Kematian keluarga Takaful Malaysia.
ADa ahli kariah yang berminat telah menghantar borang yang disertakan kepada jawatankuasa, jawatankuasa masih lagi menunggu dan memberi peluang kalau boleh semua ahli kariah untuk menjadi ahli, oleh itu kepada ahli kariah yang masih belum menghantar borang penyertaan diharap dapat berbuat demikian secepat mungkin supaya program ini dapat direalisasikan.
Kerjasama semua dipohon untuk menghantar borang tersebut dengan kadar segera.

Monday, May 12, 2008
Walimatul Urus di rumah Tn. Hj. Salleh
Selesai lah sudah Majlis Walimatul urus di rumah Tn. Hj. Salleh dan isteri. Terima kasih diucapkan kepada ahli kariah yang hadir memeriahkan majlis.Terima kasih juga diberikan kepada penanggah yang berusaha dan bekerjasama dari awal majlis hingga akhir majlis.Tahniah kepada Tn. Hj. Salleh dan isteri dapat menantu, semuga anakanda beliau dan menantu kekal sehingga keakhir hayat.
Sunday, May 4, 2008
Majlis Aqiqah dan ceramah 19hb April 2008
Dalam mesyuarat Pegawai dan AJK surau pada 8hb April telah memutuskan surau kami (Surau Riyadhussolihin, Sri Damak, Taman Sri Andalas, Klang) akan mengadakan majlis ceramah pada 19hb April 2008 mengantikan majlis Maulidur Rasul yang tidak dapat diadakan walaupun telah dirancang kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakan.
Penceramah yang di Jemput ialah Ustaz Abdul Rahim Salleh yang juga pegawai Tadbir Agama Daerah Klang. Bagi memeriahkan dan mengimarahkan lagi suasana Saudara Mustafa pakat pakat buat kutipan untuk majlis aqiqah anak kecil mereka yang belum buat lagi.
Kerja baik ini memang akan mendapat sambutan, walaupun kerja kerja begini tidak ramai yang sanggup buat tetapi meriah. Nampak senda gurau, hilai tawa terasa macam suasana kampong walaupun duduk di taman pinggir bandar.
Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan acara sembelihan lembu, anak anak mengerumuni kawasan sembelihan.Bapa dan abang mereka sibuk menumbangkan lembu untuk disembelih, Ibu ibu rancak mengupas bawang, merincih serai dan membuat persediaan untuk memasak daging lembu yang sedang disembelih. Saperti biasa riuh rendah hilai tawa kaum ibu mengusik suami masing masing yang sedang bertungkus lumus melayan lembu, terusik hati ini, alangkah elok nya aktiviti sebegini di buat selalu dan lebih ramai penduduk/ahli kariah turut hadir.
Kerja kerja yang berat menjadi ringan, masa yang lama dirasakan cepat. Sedar sedar suara azan sedang berkemundang. Setelah sembahyang dzohor berjemaah, bertahlil bersama sama sebelum acara makan atau jamuan. Menjamu selera hasil muafakatan membeli seekor lembu, disembelih, dilapah, dimasak dan makan bersama.
Terasa tali silatur rahim di simpul dan di ikat sebegitu baik, terasa tidak akan terbuka dan terburai.Rasa susah senang akan ditanggung bersama, terasa sakit akan ditanggung bersama.
Walaupun penat disiang hari mengerjakan lembu dan membasuh periuk tidak menghalang ramai kawan kawan datang mendengar ceramah yang disampaikan ustaz, walau pun ada kawan kawan yang mengangguk angguk kepala menyatakan terlampau faham pada dasarnya program sehari yang dirancang berjaya merapatkan silatur rahim antara penduduk disamping mendapat ilmu tambahan dari ustaz yang dijemput khas.
Friday, May 2, 2008
Majlis Qurban dan Aqiqah tahun 2007
Program Qurban dan Aqiqah adalah salah satu program yang dirancang diadakan pada setiap tahun. Pada tahun 2007 sebanyak 5 ekor lembu telah di sembelih dengan 35 orang peserta telah mengambil bahagian.
Program ini diadakan selepas sembahyang sunat Aidil Adha secara bergotong royong.Hasil muafakat pegawai dan jawatankuasa yang dilantik bersama sama ahli kariah yang sentiasa membantu program ini berjalan lancar.
Jikalau kaum ibu tidak tolong masak alamat ler tak merasa daging fresh..
Walimatul Urus di rumah Tn. Hj. Salleh
Malam tadi malam jumaat 1hb Mei saya lewat sampai kat surau, ada hal sebenarnya lewat balik dari Shah Alam, jam 8.00 malam baru sampai rumah.
Sampai rumah baru teringat malam ini malam jumaat ada mesyuarat lagi. Kelam kabut ler mengadap Tuhan, sembahyang Maghrib. Selesai sembahyang saya pun pergi ke surau, Bacaan Yaasin dan tahlil hampir tamat, Alhamdulillah sampai juga saya ke surau.
Selepas sembahyang sunat semua ahli kariah dijemput hadir menjamu selera yang di sediakan olih Tn. Hj Salleh. Nasi goreng dan kuih pau serta teh tarik, yang penting bukan menu jamuan, apa yang penting jamuan ini sebenarnya untuk menarik anak anak datang ke surau. Terima kasih pihak surau kepada Tn Hj. Salleh kerana mengadakan jamuan.
Selepas jamuan, seperti yang dirancang olih Ketua biro Kebajikan Surau, En. Mat Tohit satu mesyuarat bagi menyelaras kerja kerja majlis walimatul urus puteri Tn. Haji Salleh di adakan.
Menjadi kebiasaan biro Kebajikan Surau akan membantu ahli kariah yang mahu mengadakan kenduri lebih lebih lagi kenduri kawin, itu pun jika bantuan diperlukan. Biro akan menyelaras kerja kerja dan mengaturkan pembantu pembantu disamping mengiratkan tali silatur rahim dikalangan penduduk dan mengurangkan beban tugas tuan rumah.
Didalam mesyuarat Tn Hj. Salleh mengambil kesempatan menjemput semua ahli kariah ke rumah beliau pada 10hb Mei ini walaupun kad telah dihantar.
Mesyuarat telah ditamatkan hampir jam 11 malam dengan suasana mesra, semuga majlis kenduri kawin di rumah Tn. Hj. Salleh akan berjalan lancar.
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada puteri Tn. Hj. Salleh.

Subscribe to:
Posts (Atom)