Friday, May 2, 2008

Walimatul Urus di rumah Tn. Hj. Salleh

Malam tadi malam jumaat 1hb Mei saya lewat sampai kat surau, ada hal sebenarnya lewat balik dari Shah Alam, jam 8.00 malam baru sampai rumah.

Sampai rumah baru teringat malam ini malam jumaat ada mesyuarat lagi. Kelam kabut ler mengadap Tuhan, sembahyang Maghrib. Selesai sembahyang saya pun pergi ke surau, Bacaan Yaasin dan tahlil hampir tamat, Alhamdulillah sampai juga saya ke surau.

Selepas sembahyang sunat semua ahli kariah dijemput hadir menjamu selera yang di sediakan olih Tn. Hj Salleh. Nasi goreng dan kuih pau serta teh tarik, yang penting bukan menu jamuan, apa yang penting jamuan ini sebenarnya untuk menarik anak anak datang ke surau. Terima kasih pihak surau kepada Tn Hj. Salleh kerana mengadakan jamuan.

Selepas jamuan, seperti yang dirancang olih Ketua biro Kebajikan Surau, En. Mat Tohit satu mesyuarat bagi menyelaras kerja kerja majlis walimatul urus puteri Tn. Haji Salleh di adakan.

Menjadi kebiasaan biro Kebajikan Surau akan membantu ahli kariah yang mahu mengadakan kenduri lebih lebih lagi kenduri kawin, itu pun jika bantuan diperlukan. Biro akan menyelaras kerja kerja dan mengaturkan pembantu pembantu disamping mengiratkan tali silatur rahim dikalangan penduduk dan mengurangkan beban tugas tuan rumah.

Didalam mesyuarat Tn Hj. Salleh mengambil kesempatan menjemput semua ahli kariah ke rumah beliau pada 10hb Mei ini walaupun kad telah dihantar.

Mesyuarat telah ditamatkan hampir jam 11 malam dengan suasana mesra, semuga majlis kenduri kawin di rumah Tn. Hj. Salleh akan berjalan lancar.

SELAMAT PENGANTIN BARU kepada puteri Tn. Hj. Salleh.

No comments: