Sunday, May 4, 2008

Majlis Aqiqah dan ceramah 19hb April 2008






Dalam mesyuarat Pegawai dan AJK surau pada 8hb April telah memutuskan surau kami (Surau Riyadhussolihin, Sri Damak, Taman Sri Andalas, Klang) akan mengadakan majlis ceramah pada 19hb April 2008 mengantikan majlis Maulidur Rasul yang tidak dapat diadakan walaupun telah dirancang kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakan.

Penceramah yang di Jemput ialah Ustaz Abdul Rahim Salleh yang juga pegawai Tadbir Agama Daerah Klang. Bagi memeriahkan dan mengimarahkan lagi suasana Saudara Mustafa pakat pakat buat kutipan untuk majlis aqiqah anak kecil mereka yang belum buat lagi.

Kerja baik ini memang akan mendapat sambutan, walaupun kerja kerja begini tidak ramai yang sanggup buat tetapi meriah. Nampak senda gurau, hilai tawa terasa macam suasana kampong walaupun duduk di taman pinggir bandar.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan acara sembelihan lembu, anak anak mengerumuni kawasan sembelihan.Bapa dan abang mereka sibuk menumbangkan lembu untuk disembelih, Ibu ibu rancak mengupas bawang, merincih serai dan membuat persediaan untuk memasak daging lembu yang sedang disembelih. Saperti biasa riuh rendah hilai tawa kaum ibu mengusik suami masing masing yang sedang bertungkus lumus melayan lembu, terusik hati ini, alangkah elok nya aktiviti sebegini di buat selalu dan lebih ramai penduduk/ahli kariah turut hadir.

Kerja kerja yang berat menjadi ringan, masa yang lama dirasakan cepat. Sedar sedar suara azan sedang berkemundang. Setelah sembahyang dzohor berjemaah, bertahlil bersama sama sebelum acara makan atau jamuan. Menjamu selera hasil muafakatan membeli seekor lembu, disembelih, dilapah, dimasak dan makan bersama.

Terasa tali silatur rahim di simpul dan di ikat sebegitu baik, terasa tidak akan terbuka dan terburai.Rasa susah senang akan ditanggung bersama, terasa sakit akan ditanggung bersama.

Walaupun penat disiang hari mengerjakan lembu dan membasuh periuk tidak menghalang ramai kawan kawan datang mendengar ceramah yang disampaikan ustaz, walau pun ada kawan kawan yang mengangguk angguk kepala menyatakan terlampau faham pada dasarnya program sehari yang dirancang berjaya merapatkan silatur rahim antara penduduk disamping mendapat ilmu tambahan dari ustaz yang dijemput khas.

No comments: