Sunday, July 13, 2008

Mesyuarat tahunan 2008

Mesyuarat tahunan surau akan di adakan pada 31hb Julai 2008 selepas solat Isyak.
Mesyuarat tahunan setahun sekali ini wajib dibuat supaya ahli kariah dapat bersama sama berbincang dan merancang aktiviti surau dalam tempoh setahun akan datang.Didalam mesyuarat ini juga ahli kariah dapat menilai aktiviti yang telah dirancang sebelumnya.

Didalam mesyuarat ini juga laporan aktiviti dan kewangan akan dibentang untuk diperbincangkan supaya perancangan aktiviti seterusnya dapat dirancang dan dilaksanakan.

Ahli jawatankuasa pentadbir dan pegawai surau menjemput semua ahli kariah hadir ke mesyuarat ini, surat jemputan akan diedarkan ke rumah rumah ahli kariah, InsyaAllah.

No comments: