Mesyuarat tahunan 2008 akan diadakan pada 31hb Julai 2008 selepas sembahyang Isyak. Tuan puan ahli kariah dijemput hadir bersama sama berbincang dan merancang aktiviti surau untuk tahun yang akan datang.
Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab? Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam. Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab? Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk! Kini, ada cara mudah untuk mempelajari Bahasa Arab.